RELIGIOUS NEWS & ISSUES

31/7/2019 – WEDNESDAY

WHY AG IS SO QUITE AND WHY IS THAT A DOUBLE STANDARD?

FOR MORE INFO:
https://www.facebook.com/myinfozon/posts/2238022699821723

https://www.facebook.com/myinfozon/posts/2238022456488414


28/7/2019 – SUNDAY

Jakim dan SKMM bekerjasama pantau aduan hina Islam, Nabi

FOR MORE INFO:
https://www.facebook.com/myinfozon/posts/2237276296563030

22/7/2019 – MONDAY

✒ Seorang remaja Hindu yang berumur 17 tahun (kematian ibu bapa sejak kecil) telah dibawa oleh rakannya untuk tinggal di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sebuah surau di Kuala Ketil

FOR MORE INFO:
https://www.facebook.com/myinfozon/posts/2232399723717354


08/07/2019 – MONDAY

இந்து மதத்தை அவமதித்த ஸம்ரி விநோத் மீது ஏன் இன்னும் நடவடிக்கை இல்லை?

FOR MORE INFO:
https://www.facebook.com/myinfozon/posts/2222728101351183


3/6/19

31/5/19

5/5/19

4/5/19

3/5/19

16/3/19

12/3/19

11/3/19

10/03/19

9/3/19

06/03/2018



28/12/2016

Bicara tentang agama lain dan hukum logik

Penulis cuba memahami hujah sebuah buku yang membincangkan sejarah agama lain dan merumuskan ia gagal menuruti peraturan memastikan perbincangan itu adil. Bicara mengenai agama adalah bidang yang amat sensitif. Mana tidaknya, manusia lazimnya sayang kepada agama masing-masing. Ia faktor identiti yang paling utama dan manusia menjadi amat sensitif kepada isu yang berkaitan dengannya.  114 8 0 122

Bicara tentang agama lain dan hukum logik

Farouk A. Peru | December 28, 2016

Penulis cuba memahami hujah sebuah buku yang membincangkan sejarah agama lain dan merumuskan ia gagal menuruti peraturan memastikan perbincangan itu adil. KOMEN

buku

Bicara mengenai agama adalah bidang yang amat sensitif. Mana tidaknya, manusia lazimnya sayang kepada agama masing-masing. Ia faktor identiti yang paling utama dan manusia menjadi amat sensitif kepada isu yang berkaitan dengannya. Oleh itu, buku berjudul “Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?” karangan Ahmad Iqram Mohd Noor perlu dibaca dengan berhati-hati. Bukan sahaja ia berpotensi menaikkan sentimen agama, tetapi juga boleh dikatakan sebagai membuat “authoritarian manoeuvre” iaitu gerakan dalam logik di mana ia mencuri kuasa memberi penerangan dalam sesebuah agama. Mungkin perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah konteks sosio politik di mana buku ini ditulis. Di Malaysia, agama tidak menikmati kebebasan sama rata. Umpamanya, penganut Kristian di Semenanjung Malaysia dihalang menggunakan kalimah Allah. Bagaimanapun, Ahmad Iqram boleh menulis bukunya tanpa halangan kerajaan. Bukunya bertanya soalan sama ada agama lain berasal daripada agama Islam. Cuba kalau seorang bukan Islam menulis buku berjudul “Benarkah Agama Islam Itu Daripada Ajaran Sesat Kristian?” Sudah tentu umat Islam akan memberontak supaya buku itu digam terus. Daripada “authoritarian manoeuvre” yang disebut di atas, Ahmad Iqram dapat membuat hipotesisnya yang pertama, iaitu kitab suci agama Samawi (seperti agama Yahudi dan Kristian) mempunyai unsur yang boleh dikatakan selari dengan ajaran Islam. Untuk menjayakan hipotesis ini, penulis memetik daripada Al-Quran, Surah al-Maidah, ayat 44 yang menyebut “At-Taurat” itu mempunyai bimbingan dan cahaya. Jika penulis menggunakan ayat ini, dia mempercayai At-Taurat itu ialah kitab mengumpulkan 5 buku Nabi Musa (Pentateuch) daripada kumpulan kitab Old Testament. Maka kita perlu bertanya, kenapa dia tidak mengikut agama Yahudi sahaja? Kitab Old Testament lebih tua daripada Al-Quran, maka dari segi sejarah, mempunyai otoriti yang lebih tinggi. Mengapa penulis menggunakan kitab yang lebih muda (Al-Quran) untuk menghakimi kitab yang lebih tua? Ini berlawanan dengan kaedah sejarah moden. Jawapannya mudah – kerana penulis sudah beriman dengan Al-Quran terlebih dahulu. Bukannya salah beriman dengan Al-Quran (saya pun beriman dengan Al-Quran!) tetapi ia menyerlahkan berat sebelah dalam sesuatu analisa. Satu lagi contoh “authoritarian manouvre” ialah tafsiran Ahmad Iqram terhadap ayat berikut daripada Old Testament, Buku Ulangan (Deuteronomy) 18:18-19, yang menyatakan akan ada nabi seperti Nabi Musa. Penulis menyatakan nabi ini dinyatakan namanya tetapi “diubah dan dibuang”. Dakwaan sebegini bukan sahaja tiada bukti tetapi amat mengguris hati sesiapa sahaja yang beriman kepada Old Testament. Bayangkan jika ada yang penulis tentang lagenda “Satanic Verses” (ayat syaitan) daripada Al-Quran, yang disebut Salman Rushdie dalam fiksyennya. Sudah tentu sakit hati, bukan? Walau bagaimana pun, Ahmad Iqram memberi pendapat tentang siapa identiti “nabi itu” daripada Buku Ulangan. Tidak salah dia memberi pendapatnya tetapi dia mesti berlaku adil dan memperjuangkan hak orang lain untuk mentafsirkan Al-Quran juga. Sarjana Islam Christoph Luxenberg memberi hipotesis yang banyak kalimah Al-Quran mempunyai maksud dalam bahasa Aramaic. Adakah dia akan dibenarkan berbuat demikian dalam dunia akademik Islam? Bolehkah Ahmad Iqram berdiri memperjuangkan haknya? Ahmad Iqram juga membangkitkan isu bid’ah. Bid’ah secara mudahnya boleh dikatakan sebagai inovasi dalam agama. Perkara yang lazim diamalkan oleh masyarakat Islam seperti menyambut Maulud pun dirungut oleh golongan Wahabi sebagai bid’ah. Menurut proses pemikiran Ahmad Iqram, Nabi Muhammad adalah satu-satunya nabi yang beria-ia untuk memelihara sunnah daripada bid’ah. Walaupun Ahmad Iqram tidak menyatakannya dengan jelas, implikasi kenyataannya ialah nabi sebelum Nabi Muhammad tidak berbuat demikian. Kerana itulah agama mereka diubah daripada “Islam” yang asal kepada agama yang ada pada hari ini. Pemikiran ini gagal hukum logik. Dalam Al-Quran, Allah menyatakan sunnatullah (hukum alam) tidak akan berubah (17:77). Jika begitu, bagaimanakah kitab lama boleh diubah dan Al-Quran pula terpelihara? Itu sudah melanggar konsep hukum alam dalam versi Al-Quran. Kegagalan logik kedua di sini ialah berkenaan perubahan dalam amalan Islam. Ahmad Iqram tidak menyatakan sama ada dia menganggap kaum Syiah, Ahmadi atau Quraniyun, Islam atau tidak. Jika tidak, dia mesti memberi bukti tentang kebenaran alirannya dan mengapa alirannya berlainan dengan pengikut Ahlus Sunnah yang lain. Jika ya, dia mesti menyatakan kenapa Islam mempunyai banyak versi dan bagaimana versi itu timbul jika tidak dengan perubahan dalam agama. Akhir kalam, saya terpegun melihat bagaimana Ahmad Iqram memberi penerangan seperti melepaskan batuk di tangga. Umpamanya, dia membahagikan agama kepada agama Samawi (Yahudi, Nasrani dan Islam) dan agama yang lain sebagai “agama budaya”. “Budaya” membawa implikasi merendahkan agama tersebut. Adakah Tuhan tidak memberi wahyu kepada bangsa di luar Timur Tengah? Sudah tentu ya! Maka mengapa mereka diberi klasifikasi berkenaan? Hanya kerana kaedah wahyu mereka berlainan dengan agama Samawi, itu sahaja. Ahmad Iqram juga tidak ketinggalan mengkritik “liberalisme” yang dikatakan sebagai mentafsirkan agama sesuka hati dan tidak berlandaskan kaedah yang betul. Saya ingin bertanya, adakah kaedah ini berasal daripada Tuhan? Mereka mempunyai berpuluh-puluh khilaf sampaikan bilangan ayat Al-Quran yang dimansuhkan pun tiada persetujuan. Buku seperti yang dikarang Ahmad Iqram hanyalah sesuai dalam suasana sosio politik di mana perbincangan boleh dilakukan secara terbuka. Di Malaysia, suasana ini tidak wujud, maka buku ini hanya akan mengkritik tanpa diberi respon yang sepatutnya.